Sejarah Emas

Peristiwa Penting Dunia Emas 50 tahun kebelakang

Peristiwa Penting dan Harga Emas di 50 Tahun Terkini

1961: London Gold Pool ditubuhkan; bank pusat AS dan tujuh negara bersetuju untuk membeli dan menjual emas untuk menyokong harga USD$35 per troy ounce pada 31 Januari 1934

1968: London Gold Pool dihentikan, harga emas dua peringkat diwujudkan – satu peringkat untuk transaksi kewangan rasmi dan satu lagi untuk transaksi pasaran terbuka

1968: Zurich Gold Pool, pusat belian emas ditubuhkan oleh bank-bank utama Switzerland, menjadikan Switzerland kedudukan dominan pasaran kewangan.

1969: Bursa Emas Singapura dibuka; berfungsi sebagai penghubung penting antara negara-negara Timur Jauh dan London

1971: Presiden Amerika Syarikat menangguhkan pertukaran dolar dan emas; menurunkan nilai dolar sebanyak 7.9%

1973: Rasminya harga emas US naik menjadi USD$ 42,22 per / oz; Nilai dolar AS menurun, harga emas dua peringkat dihentikan; Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) memulakan pengawalan keluaran minyak.

1974: Pasaran emas Hong Kong meledak; kerajaan menarik balik sekatan import

1975: warga negara AS dibenarkan untuk memegang jongkong emas dan syiling emas untuk pertama kalinya dalam 40 tahun

1978: Pelabur Timur Tengah meningkatkan pembelian emas dengan keuntungan minyak

1980: Harga emas mencipta sejarah mencapai puncak titik tertinggi harian pada tarikh 21 Januari

1987: Lahirnya London Bullion Market Association (LBMA) menetapkan kriteria peleburan emas dan menjamin kualiti jongkong emas di seluruh dunia

1989-1991: Konflik di Teluk Parsi; runtuhnya Kesatuan Soviet menandakan berakhirnya Perang Dingin, pertumbuhan ekonomi lemah di seluruh dunia

1997-1998: Bank pusat beberapa negara menjual sejumlah besar pemilikan emas untuk memenuhi kriteria mata wang Euro; Asia Timur mengalami krisis ekonomi

2000: China membuka pasaran emas; Warga China dibenarkan membeli jongkong emas selepas 50 tahun pasaran tertutup

2000: Sektor teknologi di USA dan stok pasaran “Dot-com” jatuh

2001: USA “9-11″ serangan pengganas di bandar New York; emas mencipta sejarah kenaikan kerana pelabur mencari “keselamatan kewangan” dengan emas fizikal

2002: China melancarkan pasaran emas, membuka Shanghai Gold Exchange

2003: Pengenalan Euro mengurangkan nilai dolar AS di pasaran antarabangsa; harga minyak mencapai $ 78/barrel; emas melebihi $ 350/oz.

2006: Barrick Gold dan Newmont Mining menjangkakan emas akan habis dalam 10 tahun, dengan kadar pengeluaran ketika ini, kenaikan harga emas tahunan mendadak, 20% semenjak tahun 2001 menjadi lebih dari $ 650/oz.

2007: Dubai dan pengeluar minyak Saudi mengumumkan pembelian besar jongkong emas untuk disimpan di Dubai, China mengumumkan rancangan pembelian jongkong emas dan kenaikan lebihan tunai; Vietnam membuka Pusat Perdagangan Ho Chi Minh, pusat pertukaran emas pertama Vietnam

2007: China mengajak lima bank dunia, termasuk HSBC, Societe Generale, dan Standard Chartered untuk bergabung dengan Shanghai Gold Exchange, membuka bursa perdagangan global

2008: Harga Emas melepasi hambatan $ 1,000 pada awal tahun 2008, China membuka Shanghai Futures Exchange meletakkan permintaan tambahan pada bekalan emas, harga minyak melebihi $ 100 setong; petrol berterusan mencecah paras tertinggi di AS; US digoncang oleh krisis kewangan; US Dollar mencecah paras baru rendah

No comments:

Post a Comment