WAJIB TAHU FAKTA MENARIK TENTANG EMAS.
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
Emas simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
* Kekerasan
* Kekuatan
* Sifat kelogaman(metallugical)
* Suhu lebur
* Perubahan warna sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
* Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat:-
* 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.
32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)
34. Aloi emas berwarna merah ros boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang.
Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat(k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(24K)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22 karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
Apakah Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Emas
Apa Itu Karat( K )?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
Piawai Ketulenan Emas
999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
950 Emas Kelantan atau Emas 9½
916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
875
835
750 18K mengikut ukuran lama
585 14K mengikut ukuran lama
375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 (Emas Sembilan) dan Emas 800 (Emas Paun) tidak lagi wujud.
Piawai Ketulenan Perak
958.4
925
830
800
CARA MENGUKUR PIAWAI KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000
TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.
PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandungan logam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.
STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan. Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.
PENANDAAN PIAWAI KETULENAN
Penandaan piawai ketulenan diwajibkan ke atas barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.
PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan piawai ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.
PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat kurang daripada 1.5 gram.
PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.
My gold bracelet 18KGP .Is it is written, fake or genuine?
ReplyDelete