Beza 18KGP dan Suasa

18K merupakan simbol aloi. K merupakan nilai kadar emas (formula Au% wt = K / 24 x 100%) sesuai dengan peraturan kebangsaan GB11887-89, kadar emas dari setiap nilai K adalah 4,166%,
GP pula adalah singkatan Bahasa Inggeris iaitu 'Gold Plated'. Ia merujuk pada bahan logam terutama tembaga fosforus, produk ini dibuat berdasarkan suhu yang tinggi tempa dan kemudian ditutup dengan lapisan emas berlapis.

Suasa merupakan emas 9 karat (37.5% emas) dengan campuran perak dan tembaga (62.5%). Suasa boleh diubahsuai warnanya dari putih, kuning atau merah dengan mengubahsuai kandungan perak dan tembaga.lebih banyak kandungan Perak,warna suasa akan menjadi kekuning-kuningan.lebih banyak peratusan kandungan tembaga,warna suasa akan menjadi kemerah-merahan

Fakta Emas

WAJIB TAHU FAKTA MENARIK TENTANG EMAS.

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
Emas simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-

* Kekerasan
* Kekuatan
* Sifat kelogaman(metallugical)
* Suhu lebur
* Perubahan warna sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-

* Hasilnya adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat:-

* 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.
32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)
34. Aloi emas berwarna merah ros boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang.
Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat(k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(24K)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22 karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Apakah Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Emas

Apa Itu Karat( K )?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

Piawai Ketulenan Emas
999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
950 Emas Kelantan atau Emas 9½
916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
875
835
750 18K mengikut ukuran lama
585 14K mengikut ukuran lama
375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 (Emas Sembilan) dan Emas 800 (Emas Paun) tidak lagi wujud.

Piawai Ketulenan Perak
958.4
925
830
800

CARA MENGUKUR PIAWAI KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000

TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandungan logam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan. Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN PIAWAI KETULENAN
Penandaan piawai ketulenan diwajibkan ke atas barang-barang yang diperbuat daripada logam berharga dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan piawai ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat kurang daripada 1.5 gram.

PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.

Faktor Perubahan Harga Emas

FAKTOR UTAMA PERUBAHAN HARGA EMAS DUNIA.

a. Inflasi lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Harga emas mencerminkan harapan terhadap kadar Inflasi. Inflasi mengurangi Nilai wang kertas namun tidak mengurangi nilai emas.

Bisanya setiap negara mengumumkan jangkaan terhadap inflasi, contohnya kerajaan mengumumkan kadar inflasi 5%, namun dalam perjalanan situasinya boleh berbeza. Kalau Inflasi melonjak maka harga emas juga akan naik.

b. Terjadinya kepanikan Kewangan

Tekanan besar yang melanda Amerika Syarikat tahun 1930-an menjadikan wang kertas tidak berharga, dan emas meningkat nilainya. Tekanan di AS bermula dengan kenaikan finansial di Wall street.

Pada saat kita mengalami krisis yang sangat hebat di tahun 1998 harga emas meningkat dengan drastik.Tahun 2008 giliran Amerika syarikat mengalami krisis dan harga emas pun naik dengan drastik.

c. Perkembangan Geopolitik yang mengarah ke Krisis

Perkembangan politik juga mempengaruhi harga emas. Ketika terjadi serangan ke WTC New York, bursa-bursa saham mengalami kejatuhan, saat terjadi lonjakan harga emas.

Perang Iran-Iraq tahun 1980 membuat harga minyak melonjak dan harga emas melambung.

d. Harga Minyak Mengalami kenaikan Signifikan

Ketika harga minyak dunia mengalami kenaikan, pasti inflasi global akan meningkat dan harga emas pun melambung tinggi di pasaran. Walaupun kesan tidak langsung tetapi kenaikan harga minyak akan mendorong inflasi yang pada akhirnya mendorong kenaikan harga emas.

e. Naiknya Permintaan emas untuk Cadangan Devisa.
Bila bank-bank memperkuat cadangan penambahan stok emas, maka keseimbangan emas akan berubah. Keadaan lebih ketara jika negara kuasa besar mengambil langkah ini.

f. Peningkatan penggunaan emas dunia.

Negara-negara dengan kepadatan penduduk tinggi seperti China dan India, di mana penduduknya suka menyimpan emas sehingga permintaan terus meningkat.

Mengenali Emas

Mengenal Emas Secara Tradisional

Emas adalah logam yang paling teratas sekali kedudukannya, besi pula logam yang paling terendah sekali kedudukannya.

Jenis-jenis emas:

1. Emas 999.9 (24 karat)
2. Emas 999.5 (23.8 karat)
3. Emas 916 (22 karat)
4. Emas 875 (21 karat)
5. Emas 800 (19.2 karat)
6. Emas 750 (18 karat)
7. Emas 585 (14 karat)
8. Emas 417 (10 karat)
9. Emas 375 (9 karat)
10. Emas 333 (8 karat)

Kenali emas cara tradisional:

Emas 999.9
Warna emas melambangkan ketulenan emas tersebut. Emas 999 berwarna kekuning-kuningan berkilau, terhasil oleh asit yang digunakan semasa proses pembakaran (lebur). Emas ini lembut, tidak mudah patah, jika dibakar tidak mengeluarkan warna kemerah-merahan dan tidak mengeluarkan apa-apa bau,
Emas barang kemas 999 tidak berbunyi seperti bunyi besi, bunyinya amat berlainan.

Emas 916
Emas 916 berbeza sedikit berbanding emas 999, warna kekuningannya agak berkurang berbanding dengan emas 999, keras sedikit kerana mengandungi logam lain sebanyak 8.4% dan kebiasaannya terdapat cop 916 yang terletak pada tangkainya.

Emas 750
Emas 750 jauh berbeza dengan emas 999 dan emas 916, dikenali pada warna yang agak kemerah-merahan dan lebih keras berbanding dengan emas 916,kandungan logam lain dalam emas 750 adalah 25%. Pastikan juga cop yang ada pada tangkainya.

Mengesan Ketulenan Emas

Tips Mengesan Emas Palsu atau Tulen

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan warna maka emas tersebut mungkin palsu2. Cucukkan jarum pada emas dengan lembut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas kepada magnet. Emas tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetik. Ujian ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas, jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka emas tersebut adalah palsu.

4. Jika emas berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

6. Jika ada tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka barang kemas tersebut adalah emas celup , lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia palsu. GP bermakna Gold Platted.

7. Jika anda tidak sayang pada barang kemas anda, anda boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali-kali dan anda boleh tengok samada warna emas ataupun warna putih perak terhasil, Hanya dua logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

8. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, anda perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif

9. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas anda pada seluar jean anda pakai (dockers pun boleh) sehingga panas dan cuba bau, jika ia adalah besi atau apa sahaja anda boleh bau seakan ferum (bau besi, bau ikan), emas tidak mempunyai bau.

10. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila timbang, kebiasaanya jongkong yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam yang lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

11. Jika anda pernah menonton filem koboi, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, anda boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit besi.

12. Bagi mereka yang bersifat sentimental, dapat merasakan sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen.

Sejarah Emas

Peristiwa Penting Dunia Emas 50 tahun kebelakang

Peristiwa Penting dan Harga Emas di 50 Tahun Terkini

1961: London Gold Pool ditubuhkan; bank pusat AS dan tujuh negara bersetuju untuk membeli dan menjual emas untuk menyokong harga USD$35 per troy ounce pada 31 Januari 1934

1968: London Gold Pool dihentikan, harga emas dua peringkat diwujudkan – satu peringkat untuk transaksi kewangan rasmi dan satu lagi untuk transaksi pasaran terbuka

1968: Zurich Gold Pool, pusat belian emas ditubuhkan oleh bank-bank utama Switzerland, menjadikan Switzerland kedudukan dominan pasaran kewangan.

1969: Bursa Emas Singapura dibuka; berfungsi sebagai penghubung penting antara negara-negara Timur Jauh dan London

1971: Presiden Amerika Syarikat menangguhkan pertukaran dolar dan emas; menurunkan nilai dolar sebanyak 7.9%

1973: Rasminya harga emas US naik menjadi USD$ 42,22 per / oz; Nilai dolar AS menurun, harga emas dua peringkat dihentikan; Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) memulakan pengawalan keluaran minyak.

1974: Pasaran emas Hong Kong meledak; kerajaan menarik balik sekatan import

1975: warga negara AS dibenarkan untuk memegang jongkong emas dan syiling emas untuk pertama kalinya dalam 40 tahun

1978: Pelabur Timur Tengah meningkatkan pembelian emas dengan keuntungan minyak

1980: Harga emas mencipta sejarah mencapai puncak titik tertinggi harian pada tarikh 21 Januari

1987: Lahirnya London Bullion Market Association (LBMA) menetapkan kriteria peleburan emas dan menjamin kualiti jongkong emas di seluruh dunia

1989-1991: Konflik di Teluk Parsi; runtuhnya Kesatuan Soviet menandakan berakhirnya Perang Dingin, pertumbuhan ekonomi lemah di seluruh dunia

1997-1998: Bank pusat beberapa negara menjual sejumlah besar pemilikan emas untuk memenuhi kriteria mata wang Euro; Asia Timur mengalami krisis ekonomi

2000: China membuka pasaran emas; Warga China dibenarkan membeli jongkong emas selepas 50 tahun pasaran tertutup

2000: Sektor teknologi di USA dan stok pasaran “Dot-com” jatuh

2001: USA “9-11″ serangan pengganas di bandar New York; emas mencipta sejarah kenaikan kerana pelabur mencari “keselamatan kewangan” dengan emas fizikal

2002: China melancarkan pasaran emas, membuka Shanghai Gold Exchange

2003: Pengenalan Euro mengurangkan nilai dolar AS di pasaran antarabangsa; harga minyak mencapai $ 78/barrel; emas melebihi $ 350/oz.

2006: Barrick Gold dan Newmont Mining menjangkakan emas akan habis dalam 10 tahun, dengan kadar pengeluaran ketika ini, kenaikan harga emas tahunan mendadak, 20% semenjak tahun 2001 menjadi lebih dari $ 650/oz.

2007: Dubai dan pengeluar minyak Saudi mengumumkan pembelian besar jongkong emas untuk disimpan di Dubai, China mengumumkan rancangan pembelian jongkong emas dan kenaikan lebihan tunai; Vietnam membuka Pusat Perdagangan Ho Chi Minh, pusat pertukaran emas pertama Vietnam

2007: China mengajak lima bank dunia, termasuk HSBC, Societe Generale, dan Standard Chartered untuk bergabung dengan Shanghai Gold Exchange, membuka bursa perdagangan global

2008: Harga Emas melepasi hambatan $ 1,000 pada awal tahun 2008, China membuka Shanghai Futures Exchange meletakkan permintaan tambahan pada bekalan emas, harga minyak melebihi $ 100 setong; petrol berterusan mencecah paras tertinggi di AS; US digoncang oleh krisis kewangan; US Dollar mencecah paras baru rendah

Rantai

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nullam sit amet eleifend turpis. Vestibulum enim diam, posuere nec semper eu, aliquet a est. Integer at orci nunc, et mollis eros. Nunc convallis, mauris lacinia pretium cursus, lacus tellus fermentum justo, sit amet ornare lectus tortor vitae turpis. Sed ac augue sem. Aliquam lectus risus, tempor ut dignissim et, egestas commodo risus. Suspendisse sed est id erat pulvinar scelerisque. Etiam in augue elementum erat posuere scelerisque. Praesent malesuada, mi a pharetra interdum, felis ipsum condimentum tortor, eget mollis neque augue in nisi.

Suspendisse ut vehicula sem. Ut aliquet ipsum sed lacus vestibulum sed vulputate turpis imperdiet. Integer et eros at justo faucibus vestibulum ut ut ligula. Nunc lobortis venenatis dolor eu pretium. Ut aliquet leo ut ipsum aliquet nec rutrum urna facilisis. Vivamus commodo ultricies tortor a blandit. Quisque nisl libero, egestas non fermentum scelerisque, congue ut leo. Curabitur eleifend nisl faucibus augue accumsan gravida. Integer nec tortor libero, sit amet ullamcorper ipsum. Aliquam gravida adipiscing sodales. Vivamus molestie suscipit mi, nec posuere nulla porta ut.

Gelang

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nullam sit amet eleifend turpis. Vestibulum enim diam, posuere nec semper eu, aliquet a est. Integer at orci nunc, et mollis eros. Nunc convallis, mauris lacinia pretium cursus, lacus tellus fermentum justo, sit amet ornare lectus tortor vitae turpis. Sed ac augue sem. Aliquam lectus risus, tempor ut dignissim et, egestas commodo risus. Suspendisse sed est id erat pulvinar scelerisque. Etiam in augue elementum erat posuere scelerisque. Praesent malesuada, mi a pharetra interdum, felis ipsum condimentum tortor, eget mollis neque augue in nisi.

Suspendisse ut vehicula sem. Ut aliquet ipsum sed lacus vestibulum sed vulputate turpis imperdiet. Integer et eros at justo faucibus vestibulum ut ut ligula. Nunc lobortis venenatis dolor eu pretium. Ut aliquet leo ut ipsum aliquet nec rutrum urna facilisis. Vivamus commodo ultricies tortor a blandit. Quisque nisl libero, egestas non fermentum scelerisque, congue ut leo. Curabitur eleifend nisl faucibus augue accumsan gravida. Integer nec tortor libero, sit amet ullamcorper ipsum. Aliquam gravida adipiscing sodales. Vivamus molestie suscipit mi, nec posuere nulla porta ut.

emas emas emas emas

gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold gold